Tuesday, 31 March 2015

Pesta Buku Dan Saya (234314)


     Banyak pesta buku yang saya kunjungi. Tetapi saya hanya sekadar berkunjung tanpa membeli sebarang buku, majalah dan apa-apa pun. Mungkin ini disebabkan kurangnya minat dan tahap kemalasan saya yang menggunung untuk membaca.     Buat kali pertamnya saya dalam sejarah hidup saya menjejakkan kaki ke UUM , apa yang saya ingin sampaikan disini ini juga kali pertama saya berkunjung ke pest buku yang diadakan di perpustakaan Sultanah Bahiyah. Seperti biasa ini akan menjadi tabiat saya untuk hanya sekadar berkunjuung. Didaqpati terdapat banyaknya jenis-jenis buku yang dipamerkan di sana tak kira buku cinta atau ilmiah. Dalam ketika saya membelek-belek buku yang ada tiba-tiba saya tertarik dengan senaskah buku keagamaan yang bertajuk "Mudahnya Hafal al-Quran Menggunakan kaedah Jibril".     Buku tersebut membuatkan saya rasa perlu membeli kerana pandangan pertama saya sudah terkail dengan tajuknya. Sebenarnya saya sangat kagum dengan para Hafiz al-Quran. Saya sering tertanya-tanya bagaimana dan apa rahsia kalangan Hafiz mampu menghafal al-Quran. Siapa tahu selepas saja saya khatam membaca buku ini, semua rahsia akan terungkai dan yang paling bertuahnya untung-untung saya sendiri yang menjadi Hafiz. Tiada yang mustahil disisi Allah.     Ditakdirkan dengan pembelian buku ini ianya menjadi titik permulaan rantaian untuk saya membeli buku yang lain. Antara buku yang saya  beli ialah "Soalan Maut Untuk Ustaz" .Kadang kala saya tirfikir soalan yang sukar dan menjerat serta bagaimana para ustaz mengeksploitasi iman, akal fikiran, dan ilmu pengetahuan untuk dijadikan hujah. Saya mengaharaokan agar buku ini turut memberikan saya inspirasi untuk menjawab soalan  jika ditanya sesiapa sahaja.     Buku yang seterusnya ialah"Paksi 40"buku ini berkisarkan mengenai hadith 40 Imam nawawi. Hadith 40 imam nawawi sering saya terlihat  dikedai-kedai buku. Saya sangat berkeinginan untuk merungkai kandungan yang ada dalam buku ini.      Ini sahaja apa yang saya beli. sebab apa? keranan Baucer sudah habis. In syaa Allah kalau ade rezeki lebih saya akan mendapatkan koleksi keagamaan untuk ditelaah.

















No comments:

Post a Comment